Tindakan BERNAS tidak rasional

Oleh Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai
 
Tindakan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menutup operasi selama 2 hari ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba esok amat tidak berpatutan. Tindakan ini akan menyebabkan petani-petani khususnya di negeri Kedah akan mengalami kerugian akibat padi hasil tanaman mereka yang akan rosak kesan daripada tindakan BERNAS ini. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang kerap hujan disebelah petang menambahkan lagi penderitaan akibat hasil tanaman mereka yang yang rosak dan tidak kekal lama.
 
Menurut sumber dalaman mengatakan bahawa BERNAS bertindak untuk tidak menjalankan operasi berikutan cuti yang panjang sempena perayaan kaum Cina itu namun ini akan menjejaskan mata pencarian para petani. Kemana mereka hendak menjual hasil kutipan mereka sedangkan padi tidak boleh disimpan pada jangka waktu yang panjang melainkan dengan bantuan peralatan yang khas yang terdapat di gudang-gudang yang besar seperti yang dimiliki oleh BERNAS.
 
Bagaimana mereka hendak menjual kepada taukeh-taukeh yang berbangsa cina kerana mereka turut menghentikan operasi buat sementara waktu sedangkan taukeh yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari.
 
Tindakan BERNAS ini juga sebenarnya menimbulkan pertanyaan kerana atas dasar apa BERNAS perlukan menghentikan operasi sedangkan bukan semua pekerja mereka berbangsa Cina. Bagaimana BERNAS, satu syarikat multinasional yang bertaraf dunia tidak boleh menyusun operasi dikala cuti umum? Bukankah selama ini BERNAS beroperasi walaupun ketika cuti panjang?
 
BERNAS didesak supaya tidak menghentikan operasi kerana ini jelas akan menginaya para petani kesan daripada tindakan tersebut. Bertindaklah secara rasional bukan semata-mata mementingkan keuntungan semata-mata.
 
Disediakan oleh;
YB Ust.Mohd.Firdaus Jaafar
Ahli Parlimen Jerai*
 
 

Posted in Berita | Leave a comment

Doktor Perubatan juga bantah SBPA

SHAH ALAM – Doktor pakar antara yang paling ramai mengadu mengenai kelemahan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu, kerana pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Lok Yin Theng berkata, doktor yang lama berkhidmat merasakan sumbangan mereka seolah-olah dianaktirikan kerana pendapatan diterima jauh lebih rendah berbanding mereka yang baru bertugas.

Beliau berkata, Cuepacs menerima banyak surat daripada kategori itu dan meminta pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula perkara ini.

 “Mereka (doktor pakar) mengadu kerana gaji sebulan terutama dari Gred 51 hingga 54 lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.

 “Doktor berkenaan bukan sahaja terkilan dengan gaji yang diterima setaraf guru-guru sekolah, malah tidak berpuas hati kerana doktor yang baru berkhidmat menerima ganjaran lebih tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Jika ini dijadikan kayu ukur dalam sistem baru itu, menurutnya, doktor pakar memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengejar pendapatan diperoleh anggota Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

 Malah, katanya, doktor berkenaan mempertikaikan pendapatan yang diterima pihak Jusa melebihi RM15,000 sebulan sedangkan bebanan kerja harian golongan ini setaraf guru sekolah.

 Menurutnya, Cuepacs tidak mahu perkara ini terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketegangan berlaku di sektor awam.

 “Tugas kami untuk melahirkan organisasi awam yang harmoni dan memaklumkannya dengan segera kepada Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

 “Tarikh pertemuan dengan beliau, saya tidak boleh beritahu mungkin selepas sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

 Ditanya dakwaan SBPA telah dilaksanakan membabitkan anggota Kumpulan Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, Yin Theng berkata, perkara itu tidak betul dan jangan dengar khabar angin.

 Menurutnya, kerajaan telah berjanji akan melihat semua tuntutan yang dibuat Cuepacs secara menyeluruh bukan untuk pihak tertentu sahaja.

 Jika Cuepacs membuat tuntutan kepada bahagian tertentu, katanya, ia seolah-olah menampal baju yang koyak dan tidak memperbaiki bahagian lain.

 “Matlamat kami seperti dijelaskan tadi, tidak mahu melihat jurang pendapatan yang ketara antara kelas bawahan dengan atasan. Untuk menambah baik, kami menerima pelbagai cadangan daripada golongan profesional yang mahu kerajaan mengkajinya secara mendalam.

 “Mereka berpendapat, SBPA seolah-olah mengiktiraf seseorang individu sahaja sedangkan dalam organisasi kerajaan, kejayaannya kerana peranan semua pihak. Kalau orang bawah tidak buat kerja, usaha pihak atasan jadi sia-sia,” katanya.________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/doktor-bantah-sbpa-1.19560?localLinksEnabled=false

Posted in Berita | Leave a comment

Hutang PTPTN dihapus jika Pakatan Rakyat terajui Putrajaya

KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Posted in Berita | Leave a comment

Keputusan pemimjam saman PTPTN 13 Februari

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Mahkamah Sesyen menetapkan 13 Februari untuk membuat keputusan mengenai permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman seorang peminjam pinjaman tabung itu.

Hakim Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut disebut semula di sini hari ini.

Pada 20 September tahun lepas, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Registri Sivil Mahkamah Sesyen terhadap PTPTN kerana memfitnah dan menangkapnya secara salah berikutan beliau disenarai hitam untuk dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannya.

Peguam beliau Abdul Malik Hakim memberitahu pemberita bahawa PTPTN telah memfailkan untuk membatalkan permohonan itu atas alasan bahawa tindakan itu yang dikemukakan oleh plaintif (Mandeep) berkaitan isu-isu perlembagaan di mana Mahkamah Tinggi hendaklah memutuskan mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata, PTPTN juga menyatakan bahawa mengikut Seksyen 22 Akta PTPTN, mereka berhak melarang penuntut yang gagal membuat pembayaran daripada meninggalkan negara.

Dalam kenyataan tuntutan, Mandeep, 27, memohon RM19,000 bagi kemudaratan khas untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan bayaran lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau berkata, mengikut perjanjian pinjaman pengajian bertarikh 9 November 2006, PTPTN bersetuju meminjamkan beliau RM48,000.

Mandeep mendakwa bahawa beliau ditahan oleh para pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada 6 Julai tahun lepas, ketika beliau hendak berlepas Guangzhao, China untuk bercuti.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh para pegawai itu bahawa namanya telah disenarai hitamkan dalam pangkalan data Imigresen.

Bagaimanapun, beliau berkata, PTPTN gagal memadamkan namanya daripada pangkalan data itu sungguhpun beliau telah memaklumkannya kepada PTPTN untuk berbuat demikian.

Berikutan itu, beliau Mandeep mendakwa beliau dihina di khalayak ramai dan insiden itu mencemarkan reputasinya. BERNAMA
_____________________
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Posted in Berita | Leave a comment

Bagaimana Wang Titik Peluh Kita Diurus KWSP

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010

 

Posted in Berita | Leave a comment

Pakatan batal GST jika memerintah

Harakahdaily melaporkan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra ‘Sepetang Bersama Masyarakat’ di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

“Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

“Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

“Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan,” tambahnya lagi.

Posted in Berita | Leave a comment

Rakyat menggelupur dengan Harga Barang

Dewan Rakyat 6 Okt 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat di luar sana menggelupur dalam keadaan harga barang. Ini bukan cerita harga rumah mewah atau kereta. Harga hendak makan, ini. Harga barang makin meningkat. Kadang-kadang supply barang dalam market pun tidak ada.

Jadi, adakah kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan supaya gunakan kaedah yang telah pun digunakan oleh banyak negara-negara di dunia ini bagi memberikan food coupon kepada mereka yang berpendapatan – low income group ini. Kadang-kadang kita bagi subsidi. Subsidi gulakah, subsidi minyakkah. Subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Orang miskin pun dapat subsidi, orang kaya pun dapat subsidi. Akan tetapi kalau food coupon, dengan agensi yang kita ada, kita boleh control. Kenapa tidak kementerian fikirkan supaya rakyat yang betul-betul susah itu mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
Adakah kementerian fikir untuk mencadangkan kepada kerajaan? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim [ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II ]: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasihlah Yang Berhormat membangkitkan dari segi food coupon dan terima kasih juga ada beberapa cadangan yang kami terima melalui portal dan juga email telah mengatakan supaya kita mengadakan food coupon atau food stamp. Dia samalah. Yang Berhormat, itu memang satu langkah atau cadangan yang baik tetapi sebelum kita betul-betul dapat mengimplementasikan food coupon, rasanya senarai orang-orang yang miskin, orang yang betul-betul kita perlu bantu harusnya dikemas kini dengan begitu baik. Ini kerana Yang Berhormat juga sedia maklum kita pernah hendak melaksanakan SUBUR Yang Berhormat ya dan didapati banyak kelemahan atau ruang di mana ramai yang kompelin di mana ramai nama-nama di situ tidak sepatut atau tidak seharusnya berada di dalam senarai itu.

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kerajaan Barisan Nasional dan semua kita inilah sebagai wakil rakyat harus sama-sama membantu supaya senarai ini memang adalah senarai yang sahih, yang telah dikemaskinikan dan mungkin satu langkah seperti Yang Berhormat katakan tadi, subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Akan tetapi kalau food coupon atau food stamp, ia akan betul-betul pergi kepada mereka yang harus kita bantu.

Akan tetapi Yang Berhormat, itu adalah cadangan yang baik yang memang telah insya-Allah, akan
dipertimbangkan kecuali mekanisme ini kita harus halusi lagi. Terima kasih.

Soalan asal No. 1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan langkah dan usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Posted in Dewan Rakyat | Tagged | Leave a comment