PANTAU KETAT PRODUK TIDAK HALAL

oleh YB UST. MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berhasil menemui produk makanan tidak halal baru-baru ini.

Dalam kenyataan semalam, JAKIM mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Sehubungan dengan itu, LaPAS mendesak kerajaan agar menarik balik produk ini di pasaran atau menghadkan produk ini hanya di premis yang tidak halal sahaja. Ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai agar tidak membeli produk ini di pasaraya-pasaraya tempatan.

LaPAS mensarankan JAKIM agar mengeluarkan senarai terkini produk tidak halal sebagai panduan orang ramai. Ini sebagai suatu kempen kepada pengusaha agar mereka berusaha menjadikan produk mereka halal untuk orang Islam. Ia juga sebagai suatu amaran kepada pengusaha agar mengutamakan produk halal memandangkan majoriti rakyat di negara ini adalah beragama Islam.

Selain itu, JAKIM perlu mengawal ketat pengeluaran logo halal ke atas mana-mana produk dan juga premis. Kawalan ketat termasuk pemeriksaan mengejut ke atas produk, kilang dan juga premis amat penting bagi mengelakkan unsur haram pada makanan.

Antara isu penting terhadap produk halal adalah isu kebersihan premis. Ia juga perlu diambil perhatian dalam pengeluaran sijil halal. Hasil tinjauan LaPAS di beberapa buah premis makanan mendapati banyak restoran tidak mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan.

Amaran keras perlu diberikan termasuk menarik balik lesen logo halal pada produk makanan serta premis mereka agar pengusaha produk makanan ini lebih berhati-hati dalam menjaga kebersihan.

Sebagai sebuah badan yang menjaga urusan umat Islam di negara ini, ketegasan JAKIM amat dituntut agar akidah, syariat dan akhlak umat Islam di negara ini terpelihara. LaPAS sedia bekerjasama dengan JAKIM bagi memastikan umat Islam sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang unsur yang haram.

Advertisements
This entry was posted in Kenyataan Media and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s