Air Laici RM5.30 segelas … sila boikot

Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5 30 bagi segelas air laici.

Dipetik Bernama Online seorang pengadu memberitahu hari ini ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

NOTA: LAIN KALI TENGOK SENARAI HARGA TERLEBIH DAHULU
Katanya apabila ditanya seorang pekerja beliau diberitahu bahawa harga itu ditetapkan oleh pengusaha restoran seperti yang tercatat pada senarai harga makanan dan minuman di restoran itu.

Pengadu berkenaan berkata beliau hairan dan kesal kerana harga segelas air laici yang ditetapkan itu lebih mahal daripada setin laici hancur yang harganya tidak melebihi RM3 satu tin.

Sehubungan itu Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia Fomca ketika dihubungi menggesa pengusaha restoran India Muslim di negara ini bertindak lebih rasional dalam meletakkan harga makanan dan minuman agar tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengarah Komunikasinya Mohd Yusof Abd Rahman berkata walaupun harga makanan dan minuman bukan di bawah barangan kawalan ini tidak bermakna peniaga boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tidak berpatutan kepada para pelanggan yang datang menjamu selera ke restoran mereka.

“Mereka juga perlu sedar bahawa jika didapati bersalah dalam hal ini mengaut keuntungan berlebihan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang dikuatkuasakan April lepas”, katanya.

Mohd Yusof turut menasihatkan pengguna supaya memboikot mana-mana restoran yang didapati meletakkan harga yang tidak munasabah sebagai pengajaran kepada pengusaha restoran tersebut.

“Jika ramai daripada pengguna yang tidak lagi pergi ke restoran mereka sudah pasti mereka akan menanggung kerugian sekaligus ini dapat memaksa mereka menurunkan harga atau meletakkan harga yang lebih setimpal”, katanya. – Sumber The Malaysia Insider

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s