Kerajaan Jawab PROTES BN

Menteri: Bukan kerajaan tentukan kenaikan harga barang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN.

Kempen dikenali sebagai Protes BN dilancarkan semalam.

Nor Mohamed berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan kita sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga, kita telah menghadapinya beberapa kali, tetapi sekiranya PAS yang menerajui pemerintahan mereka belum tentu boleh mengawal harga kerana mereka tidak berpengalaman,” katanya. – Sumber The Malaysia Insider

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

One Response to Kerajaan Jawab PROTES BN

  1. Pingback: Pengerusi PROTES BN akan Jawab Menteri esok 22 Ogos 2011 « Lajnah Pengguna PAS Pusat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s