KAWAL KETAT KE ATAS PROSES PENYEMBELIHAN AYAM

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya.

LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIS) yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit. Bagi LaPAS, isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam.

LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram.

Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan.

Pengusaha seperti ini tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan. Ini juga sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan.

LaPAS turut mengharapkan agar Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain mengambil tindakan sama dengan menjejaki, mengesan, memantau serta menyiasat pembekal atau pengusaha pusat penyembelihan yang tidak mematuhi prosedur penyembelihan dengan betul.

Selain itu, LaPAS meminta agar kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Aidilfiitri. Ini bagi mengelakkan sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati mereka. Kawalan harga bagi ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna.

Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula ‘disembelih’ oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Disediakan oleh;
YB UST. MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements
This entry was posted in Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s