Tidak perlu Perunding Antarabangsa

PROTES BN Jawab Menteri Di JPM
PAS mahu kerajaan terus menghulurkan subsidi agar rakyat dapat berhadapan dengan kesan kenaikan harga global.

Pengerusi PROTES BN, Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak perlu memotong subsidi sekiranya ia dapat menguruskan pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dengan baik.

Katanya, membantu rakyat menerusi subsidi adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan oleh itu, tindakan mengurangkan subsidi akan menyebabkan kesan ke atas Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum nanti.

“Ini tanggungjawab sosial kerajaan… subsidi kesihatan, makanan, pendidikan. Ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan seharusnya digunakan untuk subsidi,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Meskipun harga global mengalami kenaikan, kerajaan masih boleh terus memberi subsidi jika ia pandai,” katanya lagi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kempen antikenaikan harga barang atau Protes BN yang dilancarkan kelmarin bertujuan mengetengahkan tindakan kerajaan yang membelanjakan sewenang-wenangnya ke atas projek mega berbanding usaha membantu rakyat.

“Bagaimana anda boleh mengurangkan subsidi bagi makanan dan barang-barang keperluan lain? Subsidi adalah cara yang baik untuk mengagihkan kekayaan di kalangan rakyat.

“Wang dibazirkan menerusi perbelanjaan projek keterlaluan, sebaliknya ia harus digunakan untuk subsidi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan BN tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN. – Sumber The Malaysia Insider

Berita terdahulu ….
Tidak perlu perunding asing bagi menasihatkan negara bahawa pengurangan subsidi akan mengecilkan bajet negara yang terus melambung, kata Dato’ Mahfuz Omar, Pengerusi Kelab Protes Barang Naik (PROTES BN) ketika membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop.

“Malah, guru Kemas pun boleh bagi tahu anda perkara itu,” kata beliau yang juga Naib Presiden PAS berhubung kenyataan yang dibuat oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) itu.

Katanya, kerajaan sepatutnya lebih cekap menguruskan ekonomi negara dengan mengubal polisi fiskal yang lebih baik, memecahkan monopoli dan bekerja keras mempertahankan subsidi di sebalik kenaikan harga global. – Sumber Malaysiakini

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s