Risalah Protes Harga Barang Naik (Protes ‘BN’) Macam Pisang Goreng

Oleh:
Unit Penerbitan, Berita & Media, LPD DMPP

Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, YB Taufek Abdul Ghani .... mengedarkan Risalah Protes BN di sekitar Puduraya (Kini Pudu Sentral)

Kuala Lumpur, Jumaat,26 Ogos 2011. Kelab Protes Harga Barang Naik atau ringkasnya Protes ‘BN’ telah meneruskan aktivitinya dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat akan implikasi besar trend pembaziran dalam pentadbiran UMNO Barisan Nasional, yang akhirnya didakwa sebagai antara faktor utama membawa kepada kenaikan harga pelbagai barang dan perkhidmatan.

Pada sebelah pagi kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, YB Hj Taufik (ADUN Paroi) dan mendapat sokongan padu daripada pimpinan dan aktivis Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah bergerak ke Hentian Pudu bagi menyampaikan “goodies bag” Protes ‘BN’ kepada semua pengguna yang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung berhari raya.

Antara kandungan “goddies bag” itu ialah tiga Risalah Protes ‘BN’ yang baru-baru ini dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu di Kampung Baru, biskut raya, kad hari raya PAS Pusat dan DMPP berserta stiker kereta “Terima Kasih BN, Harga Barang Naik, Hadiah Idil Fitri Untuk Rakyat”.

Kumpulan yang disertai lebih 15 orang aktivis dan pimpinan Kelab yang tampil secara santai ini disambut baik oleh para pengguna. Hanya dalam tempoh tidak sampai setengah jam bahan yang disediakan lebih lima ratus set habis diedarkan di situ.

Kumpulan ini kemudiannya bergerak ke Jalan Masjid India setelah mendapat bantahan pihak pengurusan Hentian Pudu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah menyampaikan risalah dan barangan di sekitar Masjid India

Di Jalan Masjid India pula lebih 2000 set bahan penerangan Protes ‘BN’ dan kad ucapan yang sama turut berjaya disampaikan kepada para pengunjung dalam tempoh lebih kurang sejam dan bersurai setelah hampir masuk waktu solat Juma’at.

Kempen di Jalan Masjid India telah diketuai oleh YB. Hjh Siti Zailah Mohd. Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersama YB. Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua DMPP. Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi ; Che Azlina dan Hajjah Aida Yusof Rawa yang masing-masing ialah Setiausaha dan Bendahari DMPP.

Aktiviti kempen disambung kemudiannya pada sebelah petang lebih kurang jam 5.30 pm di lokasi hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Di situ lebih 1000 set bahan penerangan berjaya disampaikan kepada para pengguna yang melalui lokasi tersebut.

Jurucakap Kelab Protes ‘BN’, saudari Aiman Athirah Al Jundi yang ditemui merumuskan bahawa program kempen pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Katanya ; “Kelab Protes ‘BN’ sangat komited untuk meningkatkan lagi segala usaha memberi kesedaran kepada rakyat akan pembaziran dan ketidakbijakan pentadbiran Najib yang akhirnya meletakkan hidup rakyat dalam kedudukan yang cukup terbeban. Sedangkan pada masa yang sama, elit kuasa BN bermewah dengan hasil mahsul kekayaan negara. Kami bersama dokongan padu kepimpinan Dewan Muslimat akan turun ke setiap pintu rumah bagi menggerakkan kesedaran para suri rumah bahawa kesukaran yang sedang kita lalui kini, insyaAllah ada jalan keluarnya.”

Aiman mendakwa bahawa jalan keluar daripada kesukaran hidup rakyat kini adalah dengan berhenti mengundi BN dan berhenti daripada mengangkat pemimpin yang silap, yang beliau dakwa sebagai tidak menjiwai kesengsaran dan keperitan hidup rakyat.

Lain-lain Foto lihat di bawah

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s