MEDIA ARUS PERDANA – SAMPAI BILA HENDAK MENJADI ‘KUDA TUNGGANGAN’ UMNO/BN

Oleh YB Ust.Firdaus Jaafar
Pengerusi, Lajnah Pengguna & Alam Sekitar (LaPAS)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Media seharusnya menjadi medan kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa. Media sepatutnya menjadi tempat rujukan bagi mendapatkan berita-berita terkini yang dapat membuka minda rakyat. Rakyat yang dahagakan infomasi serta maklumat terkini yang lengkap serta adil sepatutnya dihidangkan dengan sesuatu yang mana akan membuka ruang fikiran rakyat dengan lebih luas dan membolehkan rakyat bertindak mengikut akal bukannya nafsu semata-mata. Tambahan pula media arus perdana berdepan dengan saingan sengit daripada portal-portal berita yang ‘bersepah’ di internet jadi seharusnya media arus perdana menjadi pemangkin kepada ketelusan dalam menyiarkan berita-berita yang bersifat membina ‘sistem’ pemikiran rakyat.

Namun ini tidak terjadi di Malaysia yang senantiasa melaungkan slogan ‘Kebebasan Media’ yang kononnya memberikan berita yang ‘tidak memihak’ kepada mana-mana parti ataupun individu. Media arus perdana bebas meng’hentam’ dan mem’belasah’ mana-mana parti atau individu yang tidak sealiran dengan parti pemerintah.

Utusan Malaysia dan TV3 dilihat lebih terkehadapan dalam mengeluarkan berita walaupun kadang-kadang berita yang disiarkan itu belum tentu sahih. Ada kalanya mereka hanya bersandarkan berita yang dikutip daripada blog-blog ‘picisan’ penulis upahan UMNO/BN lalu di war-warkan sehingga menjadi tajuk utama media mereka. Sekadar mengambil contoh apabila mereka mensensasikan tajuk ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ jelas menunjukkan bahawa cubaan untuk ‘meniup api’ perkauman dikalangan rakyat yang hidup berbilang bangsa serta harmoni.

Yang terbaru bagaimana Timb.Presiden PAS, Hj.Mohamad Sabu atau dikenali dengan Mat Sabu di’hentam’ disetiap waktu kononnya beliau dalam satu ceramahnya menyokong pergerakan komunis di dalam peristiwa Bukit Kepong. Media arus perdana terus memainkan isu tersebut dengan serangan bertali arus terhadap beliau sedangkan dalam masa yang sama mulut,tangan dan kaki beliau ‘diikat’. Kenapa tidak diberi peluang untuk beliau muncul di media arus perdana untuk membela diri daripada serangan bertubi-tubi sedangkan media ‘berfoya-foya’ dalam ‘menjaja’ berita berkaitan isu ini? Mat Sabu hanya berpeluang menjawab kembali serangan terhadap beliau hanya di dalam portal-portal berita di internet yang mana liputannya amat terhad.

Sudah pasti tindakan media arus perdana seperti ini didalangi oleh ‘tangan-tangan ghaib’ yang menjalankan kerja disebalik tabir. Mereka tidak menghiraukan samada berita yang akan dikeluarkan nanti sahih atau tidak tetapi hanya mengambil kira keuntungan politik yang bakal diperolehi daripada pihak pemerintah.

Media arus perdana harus berubah. Sesuatu mesti dilakukan untuk mendapatkan kembali integriti yang sudah tiada lagi disisi majoriti rakyat Malaysia. Rakyat sudah mula beralih kepada media alternatif kerana muak dengan ‘perangai’ dan ‘kelakuan’ media arus perdana yang terus menerus menabur fitnah demi untuk survival politik UMNO/BN yang semakin terhakis.

Apakah disitu ada keberkatan sekiranya perbuatan memfitnah dan pembohongan menjadi salah satu agenda utama? Mengapa mufti-mufti yang begitu ramai di dalam negara yang sekecil Malaysia ini tidak bersuara untuk menegur ‘kebiadapan’ media arus perdana yang terang-terang melanggar apa yang diajarkan di dalam Al Quran dan Hadis? Sedangkan dalam masa yang sama mereka juga bersama-sama mewar-warkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Tidak malukah apabila menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak benar dan dalam masa yang sama rakyat mengetahui kesahihannya? Apakah pembaca berita tidak ada sedikit pun rasa bersalah ketika berhadapan dengan rakyat yang dibohonginya atas hanya bersandarkan alasan cari makan?

Tema Hari Kemerdekaan yang ke 54 iaitu ‘1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera tidak akan mencapai sasarannya selagi media tidak mahu melakukan transformasi dan yang pasti slogan hanya akan tinggal slogan selagi mana UMNO/BN terus memerintah.

Advertisements
This entry was posted in Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s