CUKAI PERKHIDMATAN 6%: SATU LAGI PROJEK BN MENJERUT RAKYAT

Kenyataan Media YB Ustaz Firdaus Jaafar, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS Pusat

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) membantah keras tindakan kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mahu mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus terhadap pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM yang berkuatkuasa mulai 15 September 2011.

Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

LaPAS melihat usaha ini menambah bebanan rakyat yang selama ini tersiksa dengan pelbagai cukai. Memanglah dari segi nilai, RM 0.60 dianggap sedikit dengan tambah nilai RM 10, tetapi bagaimana jika seseorang pengguna menambah nilai sebanyak 8 ke 10 kali sebulan dengan nilai RM 10.

Berapakah pula nilai jika 10 juta rakyat Malaysia terpaksa membayar cukai yang sama dalam setahun. Sudah tentu syarikat telekomunikasi ini akan mengaut keuntungan berjuta ringgit. LaPAS menegaskan bahawa sistem komunikasi melalui telefon adalah suatu keperluan terhadap rakyat Malaysia.

Sepertimana kenderaan, rumah, air dan eletrik, perubatan, dan pendidikan – telefon adalah mustahak bagi komunikasi rakyat. Menaikkan cukai prabayar seperti menyekat hak komunikasi rakyat. Dalam keadaan gaji penjawat awam tidak berganjak dari takuk lama sementara taraf hidup yang semakin meningkat, kerajaan masih tidak memikirkan masalah bebanan kehidupan rakyat.

Sudah pasti, ucapan biasa yang akan didengar nanti dari mulut pemimpin negara adalah ‘ kenaikan ini tidak membebankan rakyat’, ‘nilai prabayar di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara lain’, dan pelbagai lagi ucapan yang menyakitkan hati. Pemimpin negara tidak menanggung kesan kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup di negara ini.

Kehidupan mereka serba cukup dengan segala macam kemudahan. Yang menanggungnya adalah rakyat. Soalnya apakah sumbangan syarikat telekomunikasi terhadap rakyat jelata melainkan perkhidmatan komunikasi yang dibayar pula oleh rakyat? Apakah keistimewaan syarikat ini sehingga kerajaan memberi perhatian terhadap permintaan mereka.

Ini belum lagi mengambil kira kenaikan bil saluran TV berbayar iaitu Astro yang kenaikannya amat tinggi sedangkan di Astro kini terdapat lambakan iklan-iklan yang dulunya tiada di dalam perkhidmatan mereka. Hakikatnya, segala cukai yang dikenakan amat membebankan rakyat jelata. Kerajaan perlu memikirkan apakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban rakyat. LaPAS yakin rakyat tidak akan berdiam diri dan membiarkan keadaan ini berlaku.

Harus diingat bahawa kebanyakkan pengguna prabayar ini adalah dikalangan remaja dan mereka yang ‘celik’ dengan situasi yang berlaku di negara kita sekarang. Golongan inilah yang akan menjadi penentu kepada masa depan politik tanah air kita. Dan mereka ini tidak mudah di’perkotak-katikkan’ dengan perlakuan sombong pemimpin UMNO/BN.

Dan sudah pastinya dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang adalah masa terbaik untuk mengajar erti kesombongan kerajaan dalam menghayati kesusahan rakyat.

Advertisements
This entry was posted in Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s