Tahukah Anda, Siapa pemilik Top-up Prepaid ??

TAHUKAH ANDA?
Jika sebelum ini anda membayar RM10 utk membeli top-up prepaid, kredit yang anda terima adalah RM10.
Bermula hari ini (15 September 2011), anda terpaksa membayar RM10.60 untuk membeli top-up prepaid dengan nilai kredit RM10.

Tahukah Anda, Foto ini bukan Hiasan lagi.

Bayangkan jika dalam tempoh seminggu anda top-up kredit bernilai RM10 sebanyak dua (2) kali, ini bermakna anda telah terpaksa membayar lebih sebanyak RM1.20. Maka dalam sebulan, anda akan berbelanja sebanyak RM4.80 bagi menampung kos tambahan (cukai 6%) hanya untuk membeli top-up bernilai RM10.

Dalam tempoh setahun, anda telah dicukai sebanyak RM57.60 hanya untuk membeli top-up prepaid bernilai RM10.

Ini-lah dia hasil kebijaksanaan pengurusan kewangan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib-Datin Seri Rosmah.

Jika sebelum ini anda membeli top-up bernilai RM10 sebanyak 8 kali sebulan dengan belanja RM80, selepas ini anda akan berbelanja sebanyak RM84.80 utk perkara yang sama.

Dan utk tempoh setahun, jika sebelum ini anda berbelanja sebanyak RM960 utk membeli top-up RM10 sebanyak 96 kali, maka selepas ini anda terpaksa berbelanja sebanyak RM1017.60 untuk perkara sama.

———-
Adakah Mesej ini ditaja oleh ??:
Bahagian Wanita Pertama Negara Malaysia (First Lady of Malaysia Division)
Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

TAHUKAH ANDA?

Peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. — Sumber: Bernama

————
NOTA:

Itu baru keuntungan sebelum cukai. Bayangkan lepas ni kita semua kena cukai 6% untuk beli top-up prepaid, agak-agak berapa-lah untung yang Maxis dapat?

Advertisements
This entry was posted in Iklan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s