PTPTN menjadi Barah kepada Golongan Muda Terpelajar

Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Isu PTPTN, YB Haji Taufek Abdul Ghani

Pendidikan sehingga ke peringkat Universiti menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Pendidikan Tinggi di Malaysia memerlukan kos yang tinggi dan ini menjadi beban kepada golongan mahasiswa dan keluarga mereka. Sebahagian besar rakyat Malaysia menghadapi kesukaran dalam mencari badan samada pihak kerajaan mahupunswasta untuk mendapat bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran. Kebanyakan mereka bergantung kepada pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perbadanan PTPTN ini ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 1997. Ini bermakna sudah lebih 14 tahun Akta 566 ini terpakai dan dalam tempoh itu jugalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi pinjaman kepada rakyat Malaysia bagi menyambung pengajian di peringkat tinggi Universiti dan Kolej.

Pinjaman PTPTN ini telah pada hari ini menjadi barah kepada golongan muda yang terpelajar kerana dibebani hutang pendidikan yang berasaskan sistem riba dan didalangi golongan kapitalis. Terlalu banyak rungutan dan keluhan pelajar yang terbeban dengan kadar faedah dan fee pentadbiran yang tinggi terutama sekali dalam keadaan ekonomi Negara merudum dan perlahan apabila pelajar yang berkelayakan ini tidak mendapat pekerjaan dan pendapatan setimpal dengan kelayakan akademik mereka. PTPTN ini jelas menjadi duri dalam daging dan menyekat pertumbuhan anak-anak muda yang dibebani hutang pendidikan seawal usia 20-an lagi.

Kenapa kerajaan tidak boleh memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Malaysia sedangkan Universiti Awam semakin berkembang dan bertambah?

Atas kesedaran inilah, maka kami di Lajnah Pengguna dan di Parti Islam SeMalaysia umumnya memandang berat akan masalah anak-anak muda ini yang juga menghimpit emosi orang-orang tua mereka. Lantaran itu, Lajnah Pengguna telah bergerak menubuhkan Jawatankuasa Isu PTPTN ( JIP ) yang diketuai oleh YB Mohd Taufek Abdul Ghani bagi mengenalpasti isu-isu, kelemahan-kelemahan PTPTN seterusnya membuat cadangan bagi menangani isu-isu ini terutamanya apabila Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia suatu masa nanti, Insyaallah.

Antara isu serius yang berkaitan PTPTN besar yang dikenalpasti melalui maklumbalas yang diterima adalah:-
a. Yuran atau kos pentadbiran 3% yang dikenakan kepada peminjam dan 3% ini adalah dikira dari jumlah pinjaman PTPTN yang dibuat.
b. Tempoh bertenang (cooling period) dipanjangkan dari 6 bulan kepada sekueang-kurangnya 1 tahun bagi memastikan peminjam mendapatkan pekerjaan sebelum dikehendaki membuat pembayaran balik pinjaman.
c. Tempoh kuasa tindakan kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran balik pinjaman hendaklah mematuhi Akta Had Masa iaitu 6 tahun dan bukannya seperti yang dikenakan hari ini iaitu 12 tahun.
d. Tidakan PTPTN meminta pihak Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan peminjam-peminjam yang terbabit untuk ke luar negari perlu dikaji semula.
e. Pihak JIP juga mendapati bahawa urusan menukar pinjaman kepada Skim Ujrah tidak dipermudahkan dimana syarat-syarat skim Ujrah ini sangat ketat dan tidak menolong menyelesaikan masalah peminjam-peminjam yang mempunyai tunggakan dan saman mahkamah.

Pihak JIP melalui Panel peguam kami akan sentiasa memberi khidmat nasihat kepada peminjam-peminjam dan bakal peminjam PTPTN berkaitan dengan isu diatas dan seterusnya akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik di atas isu-isu yang berlaku.

Sebagai langkah awal pihak JIP pada hari ini akan melancarkan Facebook Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) sebagai wadah kepada semua pihak yang terbabit untuk berkongsi dan berbincang dengan isu PTPTN.

Sekian, terima kasih.

Turut hadir dalam Sidang media adalah YB Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS; YB Dr Shafei, ADUN Bangi; Ahli Lajnah Pengguna PAS Pusat dan Graduan yang terlibat dengan PTPTN.

Advertisements
This entry was posted in Kenyataan Media. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s