Pungutan Suara melalui Facebook mengenai PTPTN

Harakahdaily melaporkan, PAS akan mengadakan pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sidang media di Bandar Baru Bangi pada 19 Sept 2011 - Foto Harakahdaily

Ianya akan diusahakan oleh Lajnah Pengguna PAS (LPP) melalui Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) yang baru diwujudkan dibawahnya yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi LPP, Mohd Taufek Abdul Ghani.

Uniknya, pungutan suara tersebut akan dikumpulkan melalui laman sosial Facebook jawatankuasa itu di www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP bermula Oktober ini.

“Kita mintak semua rakyat khusunya peminjam dan bakal peminjam menyertai kita di Facebook ini untuk memberi pandangan atau cadangan kepada kita,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Taufek, antara isu-isu serius PTPTN yang akan dibawa JIP termasuklah menuntut kos pentadbiran tiga peratus dari jumlah pinjaman ditukar kepada satu nilai tetap yang sama rata tanpa mengira jumlah yang dipinjam.

Selain itu JIP jua akan memperjuangkan agar tempoh bertenang enam bulan dipanjangkan sekurang-kurangnya satu tahun.

Ianya bagi memastikan peminjam mampu mendapatkan pekerjaan sebelum boleh dipaksa membuat pembayaran balik pinjaman.

Mereka juga akan menuntut agar pihak PTPTN mematuhi Akta Had Masa pinjaman iaitu enam tahun dan bukan 12 tahun seperti diamalkan sekarang.

“Maksudnya bulan ke enam kalau peminjam tak bayar, kena ambik tindakan.

“Kita bimbang kalau pihak PTPTN sengaja melewatkan tindakan contohnya bulan ke 11 semata-mata untuk keuntungan mereka,” katanya.

Selain itu, tindakan menyenarai hitam peminjam juga didesak untuk dikaji semula.

Dalam isu penukaran pinjaman kepada skim Ujrah pula, mereka mahu syarat-syarat pertukaran dipermudahkan.

Menurutnya, syarat yang dikenakan sekarang ini sangat ketat, menyusahkan dan tidak menolong menyelesaikan masalah peminjam yang mempunyai tunggakan dan saman di mahkamah.

Turut serta pada sidang media itu Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dan Yang diPertua PAS Serdang Hj Shafie Ngah.

Menurut Mahfuz, adalah tidak wajar seseorang yang belum mendapat kerja sudah dibeban dengan hutang PTPTN.

“Sebab itu kita mahu melihat respon pengguna tentang akta ini sama ada mahu mendesak agar Akta PTPTN 1997 (Akta 566) dimansuhkan atau ada cadangan lain.

“Hasil referendum itu akan dibawa kepada kerajaan malah sampai kepada Yang DiPertuan Agong,”katanya

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s