Daftar Lesen Operasi Kenderaan Perdagangan membebankan

The Malaysian Insider melaporkan, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata arahan kerajaan agar semua pemilik kenderaan perdagangan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka sebelum akhir bulan ini membuktikan langkah Putrajaya tidak logik dan membebankan.

“Pertama, arahan itu menyusahkan dan membebankan kerana pengusaha dan pekerja kenderaan awam yang berpendapatan rendah terpaksa meninggalkan kerja mereka untuk mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka.

“Kesusahan dan bebanan tersebut menjejaskan produktiviti dan nafkah mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin (gambar) juga mepersoalkan sama ada kerajaan tidak mempunyai data kenderaan-kenderaan tersebut dan urusan mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan berkenaan dilakukan lebih cekap dan tidak menyusah dan membebankan mereka yang terlibat.

“Jika SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) begitu ketinggalan dan tidak mempunyai ‘database’ yang berkaitan, ia sepatutnya boleh mendapatkan kerjasama daripada kementerian dan agensi lain yang berkaitan.

“Adakah JPJ (Jabatan Penangkutan Jalan) tidak mempunyai data yang berkaitan untuk membolehkan SPAD memanfaatkannya serta menguruskan pendaftaran semula itu dapat melaksanakan urusan berkenaan dengan lebih cekap,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Salahuddin hairan SPAD diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Sepatutnya SPAD berada di bawah Kementerian Pengangkutan. Apabila ia tidak berada di bawah kementerian berkenaan, adakah Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy tidak berkeupayaan dan tidak berkemampuan mengawal selia perjalanan SPAD?

“Atau, adakah ia bukti krisis kepercayaan para pemimpin Umno terhadap para pemimpin MCA yang berada dalam kerajaan?” tanya beliau.

SPAD menggesa semua pemilik kenderaan perdagangan yang masih belum mendaftarkan semula lesen operasi kenderaan mereka supaya berbuat demikian selewat-lewatnya sebelum hujung bulan ini.
Sekiranya tidak, mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya tidak akan melanjutkan tempoh untuk mendaftarkan semula lesen operasi tersebut kerana masa yang cukup telah diberikan kepada semua pemilik kenderaan tersebut.

Berikutan itu, kata beliau, jika pemilik kenderaan gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya mengikut akta sama.

Advertisements
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s