Rakyat menggelupur dengan Harga Barang

Dewan Rakyat 6 Okt 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat di luar sana menggelupur dalam keadaan harga barang. Ini bukan cerita harga rumah mewah atau kereta. Harga hendak makan, ini. Harga barang makin meningkat. Kadang-kadang supply barang dalam market pun tidak ada.

Jadi, adakah kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan supaya gunakan kaedah yang telah pun digunakan oleh banyak negara-negara di dunia ini bagi memberikan food coupon kepada mereka yang berpendapatan – low income group ini. Kadang-kadang kita bagi subsidi. Subsidi gulakah, subsidi minyakkah. Subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Orang miskin pun dapat subsidi, orang kaya pun dapat subsidi. Akan tetapi kalau food coupon, dengan agensi yang kita ada, kita boleh control. Kenapa tidak kementerian fikirkan supaya rakyat yang betul-betul susah itu mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
Adakah kementerian fikir untuk mencadangkan kepada kerajaan? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim [ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II ]: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasihlah Yang Berhormat membangkitkan dari segi food coupon dan terima kasih juga ada beberapa cadangan yang kami terima melalui portal dan juga email telah mengatakan supaya kita mengadakan food coupon atau food stamp. Dia samalah. Yang Berhormat, itu memang satu langkah atau cadangan yang baik tetapi sebelum kita betul-betul dapat mengimplementasikan food coupon, rasanya senarai orang-orang yang miskin, orang yang betul-betul kita perlu bantu harusnya dikemas kini dengan begitu baik. Ini kerana Yang Berhormat juga sedia maklum kita pernah hendak melaksanakan SUBUR Yang Berhormat ya dan didapati banyak kelemahan atau ruang di mana ramai yang kompelin di mana ramai nama-nama di situ tidak sepatut atau tidak seharusnya berada di dalam senarai itu.

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kerajaan Barisan Nasional dan semua kita inilah sebagai wakil rakyat harus sama-sama membantu supaya senarai ini memang adalah senarai yang sahih, yang telah dikemaskinikan dan mungkin satu langkah seperti Yang Berhormat katakan tadi, subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Akan tetapi kalau food coupon atau food stamp, ia akan betul-betul pergi kepada mereka yang harus kita bantu.

Akan tetapi Yang Berhormat, itu adalah cadangan yang baik yang memang telah insya-Allah, akan
dipertimbangkan kecuali mekanisme ini kita harus halusi lagi. Terima kasih.

Soalan asal No. 1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan langkah dan usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Advertisements
This entry was posted in Dewan Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s