Aktiviti

Laporan Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat sesi 2009-2011

1.1 Pendahuluan
Lajnah Pengguna dam Sekitar PAS meletakkan falsafah menegakkan keadilan dengan memastikan hak terjamin antara anggota masyarakat dan dengan yang demikian membentuk muamalah sesame manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

2. Visi, Misi dan Matlamat Akhir
2.1. Visi: Pengukuhan Imej PAS sebagai gerakan massa yang mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

2.2. Misi: Merakyatkan isu pengguna dan alam sekitar melalui pembelaan dan pendidikan.

2.3. Matlamat Akhir: Kearah melahir suatu budaya hidup pengguna yang peka dan bertanggungjawab terhadap semua hak sendiri secara individu dan hak masyarakat secara kolektif dan mengujudkan sensitivity seluruh masyarakat terhadap kualiti alam sekitar dan keperluan mewujudkan system dan model pembangunan alternative berteraskan Al Quran dan As sunnah yang menekankan prinsip keadilan, kebajikan dan kedamaian masyarakat.

3. Organisasi
Pengerusi : YB Dato’ Mahfuz Omar
Timbalan Pengerusi : YB Mohd Taufek bin Abd Ghani
Setiausaha : Mohd bin Abd Rahman
Pen Setiausaha : Wan Mohd Johari b Wan Omar
Ahli-Ahli : YB Iskandar bin abd Samad
Unit Kepenggunaan : Fakhrul Azman bin Khalidin
Briged Pengguna
dan Alam Sekitar : Aiman Athirah Al Jundi
Unit Alam Sekitar : Mohd Zai
Unit Latihan : Mohd bin Abd Rahman
Unit Aduan : Fakhrul Azman bin Khalidin
Unit Guaman : Zul Hazmi Shariff
AJK : Dr Mohd b Zuhdi
: Dr Wardah

Wakil Negeri
Wakil Perak : Sdr. Abd Rahim
Wakil Johor : Haji Jumli
Wakil Neg. Sembilan : Sdr Mohd Lotfi Kasbin
Wakil Pahang : Sdr Ramli b Awang Abd Rahman
Wakil Terengganu : Tuan Chik

J/k Kecil : Jamilah Aini Mohd Rafei
: Nurul Izzah bt Ab Halim

Aktiviti Bagi tahun 2010 – 2011

4. Tarikh Mesyuarat
4.1. 28 Julai 2010 – Membincangkan Program Kempen Kesedaran 3M dan lain-lain.

4.2 2 Ogos 2010 – Membincangkan Penubuhan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan lain-lain.

4.3. 23 Ogos 2010 – Mesyuarat Khas Jawatankuasa KASE (1)

4.4 27 Disember 2010 – Membincangkan Fasa ke 2 Isu Saman Ekor dan lain-lain

4.5 22 Mac 2011 – Membincangkan Isu KASE dan tindakan Undang-undang, Pertandingan Mencipta Logo, Facebook dan Pameran sempenan Muktamar Tahunan PAS.

5. Program
5.1. Menyerahkan Memorandum Bantahan Tindakan Senarai Hitam Pemilik Kenderaan kepada Menteri Pengangkutan pada 5 Ogos 2010 di Putrajaya.

5.2. Wacana Ilmiah Mengenai Kesan Pengurangan Subsidi Oleh Kerajaan Malaysia pada 7 Ogos 2010 di Bilik Mesyuarat Pejabat Agung PAS.

5.2.1. Kertas Kerja 1: Penghapusan Subsidi: Bolehkah Menyelamatkan Negara.

5.2.2. Kertas Kerja 2: Kenaikan Harga Barang: Kesan kepada Pengguna

5.3. Aduan Tindakan Senarai Hitam Pemilik Kenderaan kepada SUHAKAM pada 10 Ogos 2010.

5.4. Pelancaran Kempen Kesedaran 3M (Memandu Berhemah, Mansuhkan Senarai Hitam dan Mansuhkan Saman Ekor) pada 29 Ogos 2010 di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia, Selangor.

5.5. Mengedar Risalah Kempen Kesedaran 3M di Plaza Tol Sg Besi pada 29 Ogos 2010.

5.6. Mengadakan Hari Bertemu Mangsa Saman Ekor di setiap negeri dimulakan di Ampang Selangor (9 Ogos 2010), Negeri Sembilan dan Melaka (10 Ogos), Kedah/ Perlis (11 Ogos), Johor (25 Sept), Pahang (2 Okt) dan Terengganu (2 Okt).

5.7. Kempen Anti Saman Ekor Fasa 2: Melonjak Kebangkitan Rakyat:
5.7.1. Mengedar Risalah Kempen sempena Cuti Tahun Baru Cina 2011 di Plaza-Plaza Tol Utama (Sg Besi, Gombak, Sg Buloh dan Batu Tiga Shah Alam) pada 31 Januari 2011 dan 1 Februari 2011.

5.7.2. Pelancaran Kempen Penerangan Isu Saman Ekor dan Senarai Hitam Peringkat Kebangsaan pada 16 Februari 2011 di Taman Bolton, Gombak Oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5.7.3. Kempen Penerangan Isu Saman Ekor dan Senarai Hitam Peringkat Negeri Johor (28 Feb. 2011), Negeri Sembilan (6 Mac 2011), Perlis (11Mac 2011), Perak (13 Mac 2011), Kedah (18 Mac 2011), Pulau Pinang (19 Mac 2011) dan Wilayah Persekutuan (20 Mac 2011)

5.7.4. Menubuhkan ‘Cyber Team KASE’ yang diketuai Peguam Zul Hazmi Sharif.

5.7.5. Bertemu mangsa Saman Ekor di JPJ Wangsa Maju pada 1 Mac 2011 jam 10.00 pagi

5.7.6. Kejayaan KASE Setakat Ini

• Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan menarik balik sekatan dan senarai hitam pemilik kenderaan daripada memperbaharui lesen kenderaan dan lesen memandu bermula 11/08/2010 sehingga 28/02/2011.

• Kerajaan Malaysia melalui PDRM akan mengkaji semula pendekatan “saman ekor”.

• Kerajaan Malaysia akan mengkaji semula jumlah kompaun/denda bagi kesalahan lalulintas agar tidak membebankan rakyat.

• Rakyat amnya memberikan reaksi yang positif terhadap kempen anjuran KASE ini dengan memberikan komen-komen dan cadangan-cadangan di ruang facebook – Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dikendalikan oleh Peguam Zul Hazmi Sharif dan komen-komen melalui laman-laman web berita online seperti themalaysianinsider dan malaysiakini

• Mendapat reaksi positif daripada pihak SUHAKAM yang menyokong tindakan KASE membuat aduan berkaitan penyalahgunaan proses undang-undang berkaitan senarai hitam dan saman ekor.

• Kini Penyenaraian Hitam Pemilik Kenderaan oleh JPJ untuk memperbaharui Lesen dan Cukai Jalan telah ditangguhkan.

5.8. Menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dengan Tema “1Saman Ekor, 1Undi Protes” diadakan pada 23 April hingga 10 Mei 2011 untuk merebut hadiah Wangtunai RM2,000.00.

6. Sidang Media dan Kenyataan Media
6.1. Saman Ekor dan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 – 1 Februari 2011

6.2. Sidang Media selepas Kunjungan Hormat Ke Kementerian Pengangkutan pada 5 Ogos 2010.

6.3. Sidang Media selepas membuat Aduan kepada SUHAKAM – 10 Ogos 2011.

6.4. Sidang Media di Lobi Parlimen sebelum dan selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan 2010) diluluskan pada 21 dan 22 Disember 2010.
6.5. Kenyataan Media
6.5.1. TANGGUHKAN KELULUSAN DAN PERLAKSANAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 – 23 Disember 2010
6.5.2. Bukan Tangguh Tapi Mansuhkan – 9 April 2011
6.5.3. Kenyataan balas kepada Kenyataan Timbalan ketua Polis Negera – Tidak Menyorok Tetapi Berdepan: Pekung Terbuka pada 25 April 2011.

7. Penutup
Bagi Pihak Lajnah, Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa serta Jawatankuasa Guaman Dewan Pemuda PAS Pusat yang banyak membantu memberi khidmat nasihat, bertungkus lumus menjayakan program yang dirancang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s