ADUAN KEPADA SUHAKAM: TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Daripada
YB Dato’ Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden PAS merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak
Kempen Anti Saman Ekor

Kepada
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Ogos 2010

ADUAN TERHADAP TINDAKAN MENYENARAI HITAM KENDERAAN DAN PEMILIK KENDERAAN

1) LATARBELAKANG

Pada 30 haribulan Jun 2010 dalam jawapan kepada soalan lisan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bin Bakri menyatakan bahawa “Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.”

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010, bahawa tindakan menyenarai hitam itu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Ekoran langkah tersebut, rakyat dan pengguna jalanraya telah mengalami kesulitan bagi memperbaharui lesen kenderaan dan juga lesen memandu mereka kerana nama mereka telah disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

2) PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG
Perlembagaan Persekutuan

Perkara 13: Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Akta Pengangkutan Jalan 1987

Seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987

17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika

(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jabatan Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya: dan

Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

29. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan
115. (1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah
53. (1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.
3) ADAKAH TINDAKAN MENYENARAI HITAM DAN TIDAK MEMBENARKAN PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN DAN LESEN MEMANDU INI SAH DI SISI UNDANG-UNDANG
Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak, Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280 telah memutuskan seperti berikut :-
o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of “Wednesbury unreasonableness”. In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the “Wednesbury unreasonableness” principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

o (3) On the facts, it was obvious on the face of exh. L2 that the offence which the applicant was said to have committed was an offence in the future. Whether the summons was wrongly dated as claimed by the respondents was a question of fact that could only be established after hearing all the evidence. On this fact alone, no reasonable man would blacklist the applicant because it was obvious that the summons could be challenged for this irregularity. (para 45)

o (4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

o (5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property.(paras 48, 49 & 50)

o (6) Reading s. 17 of the RTA as a whole, it should be implied in s. 17(1)(d) that an applicant that has been blacklisted and refused a motor vehicle licence should also be notified of the blacklisting and refusal and be accorded an opportunity to make representation to the licensed registrar. This is pertinent because the blacklisting is done mechanically without any inquiry. It all depends on whether an applicant’s name appears in the RTD’s computer system as a person who has an outstanding matter or case with the RTD or police in relation to a contravention of or an offence against the RTA or CVLB. (para 55)

o (7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

Keputusan kes ini jelas menunjukkan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tidak membenarkan pembaharuan lesen kenderaan dan lesen memandu serta menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah salah di sisi Undang-Undang malah bertentangan dengan peruntukkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mana-mana pihak menyekat hak asasi seseorang rakyat menggunakan harta mereka.

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) ATAS NAMA JAWATANKUASA BERTINDAK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DENGAN INI MEMOHON SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) AGAR MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI :-

• Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan selaras dengan peruntukkan Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bukannya menyekat pembaharuan lesen kenderaan.

• Mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membatalkan semua saman yang tidak dan/atau gagal diserahkan.

• Minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikuti prosedur biasa saman selaras dengan peruntukkan Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

• Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu memperbaharui lesen kenderaan dan lesen memandu mereka tanpa sekatan.

• Menarikbalik arahan menyenarai hitam nama pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu selagi kesalahan tidak dibuktikan.

• Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

Sekian, terima kasih
Dato’ Mahfuz bin Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

10 HARIBULAN OGOS 2010
30 SYA’ABAN 1431H

INDEKS RUJUKAN
a) Hansard Parlimen bertarikh 24/06/2010 muka surat 21.
b) Hansard Parlimen bertarikh 30/06/2010 muka surat 16 – 18
c) Keratan Akhbar Utusan Online bertarikh 09/07/2010
d) Seksyen 17 (1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987
e) Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987
f) Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987
g) Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987
h) Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s